Saturday, February 6, 2010

cinta vs CINTA

cinta kecil itu, adalah kekeliruan perasaan y terbit dari keinginan utk memberi perhatian, mahu dikasihi dan mengasihi, emosi y kosong dari asas, matlamat dan kesedaran dari implikasi cinta jenis ini. cinta seorang anak kecil kepada kura-kura peliharaannya lebih mulia daripada cinta keliru ini, kerana sekurangnya si anak kecil itu akan memberi makan, berbual dan membersihkan akuarium kura-kuranya, sedangkan cinta keliru antara dua anak muda ini tanpa mereka sedar hanyalah sekadar untuk melayan ganguan emosi yang sunyi. juga tanpa sedar kedua-duanya sedang merancang untuk saling merosakkan antara satu sama lain.

CINTA sebenar itu harus terbit daripada emosi dan nuluri fitrah manusia. namun ia lahir juga dengan sandaran rasional dan sedar diri terhadap asas cinta itu, tanggungjawab y mengiringi cinta tersebut serta kesan y bakal lahir dari mematerialisasikan perasaan cinta seperti ini. cinta y ada 'sense of begin with the end in mind'.

*dipetik dari novel Aku Terima Nikahnya.. da habis baca novel ni.. isnin depan midsem exm sempat lg habiskan 1novel..wuwu..
**td pergi Talk bersama sr2 maths+stats y da keje..
***monyet/kera mengganas kt kolej..nak serang mr.blue..mulanya mr.blue gune jaket dye je kot tuk halau mereka2 tu tp ade y menyerang balas..jaket tidak menakutkan mereka2..mr.blue capai kayu..barulah mereka2 itu berundur..menakutkan betul..dgn bunyi mereka2 itu y ke-garang-an..
****kaki da mula berketar2 buat turun naik tangga dari paras5 ke paras1 tuk cari air.. air oh air..

SAYA KUAT..(^.^)

akhirnya, sye telah mendapat kekuatan itu..

tiada lagi tangisan..tiada lagi air mata..tiada lagi kesakitan..tiada lagi kepedihan..tiada lagi bernafas seperti bernafas dalam air..tiada lagi jatuh..tiada lagi rebah..tiada lagi perasaan itu..

syukur sgt2..akhirnya sye dapat juga mengawal perasaan itu setelah sekian lama bergelumang dengan perasaan itu..harap sye dapat kekal kuat seperti ini..

kekuatan ini semestinya dari Allah Subhanahu wa Ta'ala..Alhamdulillah..syukur..

Friday, February 5, 2010

YANG LALU, BIARLAH BERLALU..

mengingati masa lalu dan menghadirkan kembali dalam kehidupan kita sekarang, kemudian bersedih di atas kedukaan dan kegagalan de dalamnya merupakan suatu tindakan yang bodoh dan gila. itu, sama ertinya dengan membunuh semangat, membunuh harapan dan menghalangi orang untuk menjalani kehidupan yang seadanya.

bagi orang yang berifkir, peristiwa masa lalu akan dilipat dan tidak akan dilihat kembali. kita harus mengurung dan melupakannya di dalam penjara, mengikatnya dengan tali yang sangat kuat agar tidak dapat keluar dan melihat cahaya. kerana bagaimanapun, berbagai peristiwa tersebut hanya sebahagaian dari masa lalu dan sekarang semuanya telah berakhir.

dengan demikian, tidak akan ada lagi kesedihan, kedukaan dan kegagalan lain. semuanya tidak akan dapat berulang dan hidup normal, kerana ianya memang sudah tiada.

janganlan anda hidup di dalam mimpi-mimpi buruk di masa lalu, atau di bawah bayang-bayang kesedihan masa lalu. angkatlah diri dari fantasi tersebut! apakah anda menginginkan berbagai musibah dan pengorbanan tersebut berulang kali? apakah anda mengharapkan matahari kembali ke tempat asalnya, bayi ke perut ibunya, air susu kembali ke payu dara si ibu, dan air mata ke dalam kelopok mata, padahal semuanya hanya akan mengalirkan kembali air mata anda?

dengan kembali ke masa lalu, bererti anda akan merasai kembali keresahan. masa lalu tak ubahnya api yang akan terus mambakar dan melemparkan diri ke masa lalu dan hal tersebut merupakan keadaan yang sangat menyedihkan, sekali gus menakutkan.

membuka kembali lembaran masa lalu hanya akan merosakkan suasana yang ada dan menyia-nyiakan perjuangan yang selama ini sudah dilakukan. Allah Subhanahu wa Ta'ala telah mengingatkan kita dengan umat pada masa lalu serta apa yang telah mereka perbuat:

"Itulah umat yang telah lalu..." (Al-Baqarah 134)

semuanya telah berlalu dan tidak akan berulang kembali. dan tidak ada manfaatnya memutar roda sejarah sekadar untuk melukiskan bencana pada zaman itu.

orang yang berusaha kembali ke masa lalu, adalah tidak ubah seperti orang yang menggilingkan tepung, padahal dirinya sendiri tergiling di dalamnya. ada ungkapan nenek moyang kita dahulu yang patut direnungkan oleh orang yang menangisi masa lalu: "Janganlah kalian mengeluarkan mayat-mayat itu dari kuburnya."

dalam sebuah riwayat diceritakan, bahawa terdapat segolongan orang yang mengerti bahasa binatang. orang-orang tersebut bertanya kepada keldai: "Mengapa engkau tidak mahu merenungi apa yang telah berlalu?" keldai itu menjawab:"Kerana aku tidak suka kebohongan."

bencana dapat menimpa bila kita lemah menghadapi masa kini dan menyibukkan diri dengan masa lalu. kita menyia-nyiakan keindahan istana yang kita miliki dan mempertaruhkan semuanya demi sebuah penampilan masa lalu yang telah usang. padahal, seandaikan seluruh manusia dan jin bersatu untuk mengembalikan semua hal yang telah berlalu, nescaya mereka tidak akan mampu melakukannya, kerana pada dasarnya semuanya itu mustahil.

manusia sebenarnya tidak perlu melihat masa lalu dan memalingkan wajahnya ke belakang, kerana angin akan terus berhembus ke depan; air akan mengalir ke depan; setiap kafilah akan berjalan ke depan. oleh kerana itu, janganlah menyalahi sunnah kehidupan.

"bergembiralah, tenanglah, bersikap optimislah dan janganlah bersedih."

*dipetik dari buku JANGAN BERSEDIH..

PATUTKAH??

ibu bapa terpakse membayar sejumlah wang kepada anak sendiri untuk mengambil balik tanah yang telah ditukar nama disebabkan kesilapan masa lalu...padahal tanah itu tidak dijual, cuma ditukar nama..terpaksa menjual barang kemas, guna duet simpanan y disimpan untuk pergi haji..semata-mata utk membeli balik tanah tu..

PATUTKAH??

*sedikit terkilan disini..
**tiada kaitan dengan y hidup atau y sudah meninggal dunia..
***xsabar nak jaga ma dan abah..nak bagi duet kat dorang tiap2 bulan..dah xnak bg dorang keje..nak dorang rehat2 kat rumah je..sempatkah saya??=(

Saturday, January 30, 2010

DAN SEBENARNYA..

Yuna-Dan Sebenarnya

oh bulan
jangan layan diriku lagi
pabila,
air mata membasahi pipi
dan lagu2 di radio seolah2 memerli aku
pabila,
kau bersama yg lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

ku enggan
berpura pura ku bahagia
ku enggan
melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu
telah menular dalam diri
pabila
kau bersama yang lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

pabila kau merenung matanya
ku rebah,
jatuh ke bumi
di saat kau benar-benar mahu pergi
seperti ku bernafas dalam air
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu kau juga merindui aku
oh


*xde pasal..cari pasal..da jatuh terduduk..tp boleh bangun sendiri..xperlu sape2 utk angkat aku..aku bisa buat semua ni..org kate jgn lari dari masalah..kne berhadapan dgn masalah itu..tp kalu da berkurun kita berhadapan dengan masalah tu tp xselesai2 jugak, lebih baik lari..lari jauh2..keraskan hati..kuatkan iman..insyaAllah berjaya..

*aiyark,entry ni terp0st diluar kawanlan..tidak disengajakan..tiba2 jari meng-copi, meng-paste, menaip and meng-publish..wuwu..

(^.^)

Friday, January 29, 2010

PLAIN SHAWL..

rabu lepas, 27/1, sehari sebelum hari mengundi, kami( ain, nisah, la) ke penjara kajang tuk amik bahan..pagi tu time keluar ok je..xde pape..tp bile nak masuk balik ukm, kami telah ditahan oleh mr. blue..

"alahai, kenape ni..kne saman lg ke??" (dlm hati)

mr.blue: ni tiga2 pelajar ukm ke??

kami: ye2..

mr.blue: mitak kad matrik..

sye sebagai driver mengeluarkan kad matrik..

mr. blue da macam tulis2 buku saman di tangan dye tu..

mr. blue: ni kenape xtukar lg stiker tu??

sye terdiam sekejap..tengah fikir ayat y sesuai tuk jawab soalan cepu mas tu..aiyark, cane nak jawab ni..susah bt0l soalan dye..kalah soalan exam aku ni..ok ain,c0ol,and jawab dengan jujur,jgn tipu2,xbaik tpu2 tau..wuwu..

sye telah menjawab sejujur mungkin..bt0l, semua y sye jawab tu semua betul, xde tipu2..and jawapan sye y jujur tu telah memuaskan hati mr.blue, dpt mencairkan hati mr.blue y keras tu..wuwu..alhamdulillah sye tidak disaman even rasenye mr.blue da tulis saman tu..

mr.blue telah berjaya membuat sye gerun sedikit dengan beliau..eh,bukan sedikit, banyak jugak la..dulu xkesah je kalu kne saman..tp sekarang sye sedikit gerun, takut, seriau dengan beliau2 itu..even ade y ensem, bleh buat cuci2 mata tp sekarang bila ternampak mr.blue hati berdebar2..bile da lepas, ok, sedikit lega..wuwu..

sye hampir disaman sbb xde stiker baru..sye pakai stiker 2008 punye..ataupun sye hampir disaman sebab sye tersalah pilih c0l0r baju..sye terlebih ungu sangat pada hari tu..ungu kan warna tema satu parti tu..sye terlupa hari mengundi da dekat and kawalan semakin ketat..sye main amik je baju, tanpa fikir ape2, terlebih ungu sangat pun xperasan..

see..terlebih ungu sangat2 kan..hee
plain shawl
c0l0r: purple
price: RM10

sold

(amik gambar cam model shawl dekat blogshop2 shawl..pape je..ok, kepada pemilik2 blogshop shawl, layak x sye nak jadi model korang??hahaha..)

sampai bilik terus online..daftar kereta..and hari tu jugak sye pegi amik stiker..ok, da ade stiker baru..sedikit lega..wuwu..

*da cukup tiga kali sye mengundi..aiyark, ade tersalah pangkah la..nak pangkah len g pangkah len..xpe la, xde rezeki, redha je la..wuwu..

Friday, January 22, 2010

KMK..

0wh,skrg tersangat3 lah malas utk menulis..entry kali ini sye nak me-r0jak-kan semua ape y ada dlm kepala ni..

1st..

KMK..

ape itu kmk??Kolej MARA Kulim??Kolej Matrikulasi Kedah??

Kolej MARA Kulim..uh, sye sgt menyesal memasuki tempat ini..xdinafikan cikgu2 dekat sane semuanya ok, ilmu y diberikan semuanya berguna, sye sgt2 menghargai itu semua..tp, ntah kenape ade sedikit penyesalan disitu..ye,sedikit je, sedikit sgt2..ia tiada kaitan dengan ilmu, tiada kaitan dgn kemudahan, tiada kaitan dgn persekitaran or whatever lah tp sedikit masalah 'dalaman' y menyebabkan sye menyesal berada disana..ok,dah dah, st0p merepek..LA TAHZAN..ape y lepas tu lepaslah..sini bkn nak cite pasal Kolej MARA Kulim tp pasal KMK lain..

KMK di sini ialah kumpulan meningkatkan mutu kerja..KMK adalah sekumpulan kecil pekerja (6-10 org) drpd unit kerja y sama y bermesyuarat secara tetap utk mengenalpasti dan menganalisis masalah2 y berkaitan dgn kerja mereka. kumpulan ini mengemukakan cadangan2 penyelesaian kpd pihak pengurusan utk dipertimbangkan dan membuat keputusan. seterusnya, mereka melaksanakan keputusan y telah dipersetujui oleh pihak pengurusan..(wah,gigih btul sye salin bende ni dari buku)..

KMK ni sye blaja dlm subjek asas pengurusan kualiti..subjek wajib U..dan kami telah buat gr0up projek sal KMK ni..and destinasi y kami pilih ialah penjara kajang..ye, PENJARA KAJANG..semalam(khamis) kami ke sana..pengalaman masuk penjara tu even bkn masuk penjara btul2 pun just masuk kawasan dye je SGT2 MENAKUTKAN ok..tgk banduan/tahanan y memakai baju color hijau striking gtu..dengan polis/pegawai/whoever lah y pakai pakaian seragam, berbadan tegap2, bawak kayu mcm tongkat tu pebende tah org panggil di bawah ketiak diorg..dgn xtahu jalan tuk pegi ketempat y betul..xkan nak benti tanya banduan tu kot..tgk satu bangunan y tertulis PENJARA WANITA..seriau je rase..UH, INI MMG BETUL2 MENAKUTKAN..kami ke sana utk interview sal KMK di penjara kajang..kami xsempat merayau2 di sana coz nak kejar kelas kul11..and isnin nnt kne kesana lg tuk amik satu lg bahan..harap dpt merayau2 di sana..tu pun kalu xtak0t la..wuwu..

2nd..

berjaya menonton..

8.45 pm di alamanda (khamis)..perancangan utk movie+makan tgh mlm dibuat time kelas ekologi ptg itu..SPY NEXT DOOR..cite ni c0mel sgt2..sape y rase comel leh la tgk cite ni..y encem, cantik, smart and cun pun bleh tgk..wuwu..

then kami makan tgh malam nasi goreng tomyam, nasi goreng cina, nasi kosong+tomyam, tea 0 ice limau, limau ice, carrot susu di azura..and ni 1st time sye mkn tomyam color putih..besh2..



till then..

(^.^)

Monday, January 18, 2010

SEGMEN TERJAH BERSAMA NURUL AIN...

jom terjah anak2 buah sye..

stakat ni baru ade 2 org..


anak buah sye yang pertama name dye Wan Nur Balqis binti Wan baiduri..(bt0l ke ni name dye ye..mgkn ade silap2 eja skit kot..wuwu)..ni anak kakak sye..satu2 nye kakak yang sye ade..


yang kedua Zharfan Hadiv as-Saufi bin Mohd Zaidi..anak abang sul0ng sye..gmbr budak ni xbyk..jarang jumpe..gmbr2 atas ni sume time raye ritu..

sye bakal mendapat anak buah yang ke-3..

see kakak sye da pregnant..alahai ain,mcm la nmpk kakak pregnant lam gmbr ni..wuwu..bt0l gak kn..xnmpk p0m..tgh dud0k mane la nmpk..pregnant2 p0m sempat lg pegi pantai ye kak..time nak naik atas batu2 banyak tu siap abg yi(abg ipar) pimpin kan tgn akak agi..alahai,r0mantiknye..ye la kan,akak kan tgh pregnant kne la jaga..wuwu..tgk gambar ni selalu ckp2 lam hati.."alahai,putihnye akak..beza sgt ngan ain..jeleshnye.."..sye bersyukur dengan ape y sye ada..hahaha..

*semalam pegi SOGO shopim xigt dunia..mcm shopim utk 1sem je..pegi dgn rumate(azimah) and jiran sebelah(afi)..xsempat bergambar..kami sibuk shopim je..try ape y patut..masuk fitting ro0m bertiga bersama beberapa helai baju sekerap mgkn..wuwu..
**seperti biasa entry ni utk 'menutup' entry sebelum ni..kalu x, xnk pun buat entry baru..xde idea..wuwu..

Friday, January 15, 2010

LAST ENTRY..

AWAS, ENTRY BEREMOSI!!!


ye ye je tjk entry ni kan..mulanya mmg fkr utk delete bl0g sbb..sbb..wuwu..

kalu bace entry sblm ni sye ade ckp sye mengeluarkan air mata sbb 1 SMS..time dkt kelas falsafah td dpt satu mcj, dr org y same..Justify Full

"ain, _ _ _ _ ad bc blog ain,......................."

time ni rase mcm..mcm..mcm kne hempap dgn bende y sgt3 berat..da xboleh nak bangun..da xboleh nak gerak..da xboleh nak nafas..mate pun da mula nak mengeluarkan air..tp tahan je sbb time tu dlm kelas..

sblm ni cuba elak sgt2 dari dye th bl0g ni..sbb semua entry y beremosi semua pasal dye..mmg sye ade letak link bl0g dlm fesbuk tp sye xpnah approve dye and fb sye private..xth cane dye bleh th jugak bl0g ni..

hari ni mmg rase jiwa sgt kosong..kawan tgr "hi ain" sye jwb "hi" je..xde rase nak beramah mesra..s0ri kepada y menegur..msti da tak0t nak tegur ain lg kan lepas ni..mesti kate ain somb0m kan..uh,xpela..muka masam men cuka asli..org tgk pun gerun..sye th..jd jgnla tgk sye..wuwu..satu je y buat sye tersenyum sedikit hari ini, pabila cek duit dlm bank,yes da masuk..thanks JPA kamu tlh buat sye tersenym sedikit hari ini hari yang sgt kacau walaupun kamu masuk lmbt sgt3, xpe,sye maafkan..

disebabkan JIWA KACAU, HATI GUNDAH GULANA, TAK DAPAT FIKIR DENGAN WARAS, sye ke KL central SORANG-SORANG..ulang suara SORANG-SORANG..tak fikir pun nak ajak sape2..

dkt ktm ukm jumpe wana..

ain:wana!!

wana: ain!!nak pegi mane??date eyh??

ain: em,ntah..nak g jalan sorang2..bawak diri y lara..hahaha..

wana: ei,p0y0la ain ni..

kepada wana,btul wana, ain jalan sorang2..walaupun cara ain ckp td mcm bergurau tp itulah realitinya..ain sorang2..

actualy sye pg kl central ade keje skit..bile da siap keje tu mula la melilau s0rang2 tak tentu pasal..tgk2 semua gerai baju y ade and satu helai je baju berjaya dibeli..and satu pasang wedges berjaya jugak dibeli..wah,besh ape jalan sorang2..try la kalu nak rase..wuwu..

ni bukan entry last sye..ni hanya entry last sye utk cite pasal perasaan2 yang KACAU-BILAU..pasal perasaan yang MERIMASKAN..pasal perasaan yang MEMBOSANKAN..pasal TANGKAP2 LELEH ni semua bagai..org nak bace pun segan..and pasal DYE..lepas ni dah xde entry mcm ni..so jgn bosan ye readers, ni last,lepas ni da xbuat entry y TAH PAPE mcm ni lg k..jgn bosan jenguk bel0g sye k..wuwu..

*lepas ni kne memerah otak utk buat entry y berilmiah skit..wuwu..

TAHNIAH!!!

kamu berjaya buat air mata sye tumpah sekali lg..

  1. cinta balqis ep41..1st time air mata tumpah tgk cite ni..even balqis tu tiap episod dye nangis tp sye xrase sgt utk nangis bersama dye..ep41 sye menangis sbb mendalami perasaan hassan..sedih betul..
  2. satu SMS..lepas bace je terus tersembur air mata ni..
*ah,perempuan mmg tidak lekang dari air mata..benci betul..

Friday, January 8, 2010

JOM MEMOTIVASIKAN DIRI..

lepas the last entry,sye nak sgt buat entry baru supaya entry sblm ni xdi ingati lg..tp xth plak nak tulis pasal ape..skrg ni baru je lepas baca jurnal and kemas2 nota2,kemas2 meja and kemas2 soft board..tiba2 rase nak tulis ayat2 motivasi and pinkan dekat soft board tu..surf punye surf macam2 ayat yang ade..tp sye prefer ayat yang dari al-Quran..harap ayat2 tersebut boleh memberikan motivasi kepada sye..

dalam kita melangkah pergi, terkadang kita diuji dengan seribu keperitan, terasa berat oleh kita untuk melangkah apatah lagi untuk berlari..namun itu semua hanyalah sementara, kerana selepas malam akan bergantinya siang yang indah..biarpun pelangi tidak akan selama-lamanya muncul tatkala malam menjelma, namun tatkala mentari terbit kemungkinan di situ akan muncul pelangi indah biarpun pelangi itu bukanlah suatu yang mudah untuk kelihatan hanya tatkala bumi ditimpa hujan..

skrg sye nak kongsi ayat2 tersebut di sini sebagai ingatan kita bersama..

“Demikianlah Kami bacakan kepadamu (Muhammad) sebagai ayat-ayat dan peringatan yang penuh hikmah” – Ali Imran : 58.

Tiada motivasi yang sye jumpa melainkan kekuatan dari ayat-ayat ini..Ayat-ayat yang ingin sye kongsikan bersama agar kita menjadi seorang yang tabah..

“Tidak ada sesuatu musibah yang menimpa (seseorang), kecuali dengan izin Allah; dan barang siapa beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”. – at-Tagabun : 11

“(Yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka berkata “Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNyalah kami akan kembali”” – Innalillahi Wa inna Ilaihi Rajiun. –al-Baqarah : 156.

Ketahuilah hakikat bahawa segalanya itu adalah ujian bagi kita untuk menguji keimanan kita..

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji?” – al-Ankabut :1

Sesungguhnya ujian itu sebenarnya dan selayaknya buat kita, hanya kita yang mampu untuk menempuhinya, walaupun terasa berat..

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” – al-Baqarah : 286.

“Allah tidak membebani seseorang melainkan (sesuai) dengan apa yang diberikan Allah kepadanya”- at-Talak :


Apalah ertinya jikalau kita sentiasa bersedih dengan apa yang berlaku terhadap kita..Bangunlah dan terus berlari dan jangan biarkan diri kita terus lumpuh tak berdaya..

“Dan janganlah kamu berasa lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman” – ali Imran : 139.

Jikalau kita berasa bersendirian, ketahuilah bahawa kita tidak bersendirian..Masih ada yang sentiasa mendengar keluh kesah kita..Janganlah kita takut dan bersedih hati, kerana DIA sentiasa bersama..

“Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang yang khusuk” – al-Baqarah : 45

and lastly..

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia buruk pada kamu dan Allah maha mengetahui segalanya sedangkan kamu tidak" - al-Baqarah : 216

*ayat2 dic0py paste supaya boleh menjadi panduan untuk sye dan semua pembaca..
**BE STRONG..
(^.^)

Wednesday, January 6, 2010

SILA JANGAN BACA ENTRY NI..SEYES NI,JANGAN BACA..

pkul 2.25 am..aku xleh tdo..mungkin sbb minum nescafe rich td..da try tuk tdo..siap tutup lampu..gelap gulita bilik tp tetap xleh tdo..then,surf2 tenet..i find 0ut s0mething yang buatkan hati aku sakit..perasaan aku sakit..badan aku terketar2..aku tutup mulut utk tahan dari air mata ku mengalir..tp tak berkesan..air mata mengalir..bukan air mata je..air hidung pun turut mengalir..aku dah bosan rasa sakit mcm ni..bile aku nak pulih??da lama aku tanggung semua ni..s0rang-s0rang..xde sape y tahu..dah banyak kali aku cuba nak pulih..dah banyak bende aku ubah untuk pulih..tp semua xmenjadi..aku xpulih2 lagi..

perasaan, kenapa la kamu ade pada aku..rase mcm nak buang dlm laut je perasaan ini..aku xnak ade perasaan..seksanye mempunyai perasaan ini..kan bagus kalu aku xde perasaan..xyah rase sedih,xyah rasa sakit,xyah rasa kecewa,etc..

aku rase nak pegi jauh dari cni..dah xnak jumpe semua orang yang aku pnah kenal..dah xnak amik tahu pasal org y pnah aku kenal..tapi aku ade family..aku kne fikirkan family aku..kalu ade peluang utk aku pegi jauh dari cni mmg aku nak pegi..tapi aku langsung xde peluang..dan xkan ade peluang..

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:

:


ok,da lap air mata..da lap air hidung..da xnak layan perasaan yang menyakitkan ini..perubahan akan dilakukan utk cuba pulih dari sakit ini..

*terEmo sdkt..

Sunday, January 3, 2010

KHASIAT BETIK..

ok,kite mulakan 1st entry pada tahun baru ni dengan sesuatu y bermanfaat..hari ni sye nk b'ckp mengenai khasiat betik k..betik??owh!!i like..wuwu..

Betik (Carica papaya) ialah tumbuhan semula jadi tropika Amerika. Buah betik berbentuk bujur yang agak panjang hingga ke bentuk yang hampir bulat. Kulit buah betik yang masak berwarna kuning cerah hinggalah kuning pekat. Isinya pula berwarna kuning, oren hingga ke warna merah cerah atau merah. Isi betik rasanya manis, dan aromanya seharum kasturi.

Betik kaya dengan vitamin A, vitamin C dan juga kalium. Selain itu terdapat kalsium, besi, tiamin, riboflavin dan niasin dalam betik. Jumlah kalorinya sangat rendah. Kesemua nutrien yang terdapat di dalam sebiji buah betik dapat membantu mengurangkan risiko kanser, penyakit jantung dan strok.

Cara yang terbaik untuk menikmati buah betik yang menyegarkan ini adalah dengan cara memotongnya kepada dua, buangkan biji hitamnya dan potong memanjang.(wah,siap bgth cara nk potong gtu..kalu xreti gak xth la..wuwu..)

*dic0py paste dari bl0g INFO KESIHATAN ANDA..


sye mmg ske makan betik ni..dkt rumah pun mmg banyak la pokok betik..byk jugak y da mati sbb ape ntah..wuwu..sye ske makan betik y manis2..p0k0k betik dekat rumah semua menjadi..maksudnye buah dorang sume manis2..ade gak pokok y xmenjadi,maksudnye buah dye xbesh..y tak menjadi tu kte tebangla..buah da xbley mkn tebang la kan..wuwu..cara sye makan betik??em,potong siap2..buang kulit dye siap2..pastu letak lam fridge..da sejuk baru mkn..manis-manis..sejuk-sejuk..beshnye..

..p0k0k-p0k0k betik dirumahku syurgaku..

*b0rim sgt2 rase mcm nak terbang je..
**terfikirkan sesuatu yang mungkin baik mungkin tidak, yang akan sye laksanakan nnt, utk menjadikan diri sye lbh baik..nnt2 kan..wuwu..

Thursday, December 31, 2009

ENTRY LAST 2009..

pejam celik pejam celik 2009 dah nak melabuhkan tirai..ini bermakne 2010 menjelma..(mmg la kan..ape da..wuwu)..dah tak igt mcm mane detik 1jan2009..yang pastinye sye xde buat azam sbb mmg xigt lgsg la sye ade azam..tahun ni mcm mane ye..xnk ade azam jugak ke??em,ntahla..even sye jarang buat azam tp sye ttp ade matlamat dlm hidup sye..matlamat ngan azam xsame ke??em,len jugak kot..azam kne buat tiap2 tahun..matlamat bleh buat bile2 je..matlamat bkn utk dilaksanakan pada thn tu je..buat matlamat utk dicapai 10thn akan dtg pun bleh..

tahun b'tambah umur pun b'tambah..alahai dah tua sye ni.tp kalu org kecik mcm sye ni awet mude skit..da masuk u tp org still tanye

"sekolah tingkatan brape dah??"

"sekolah dekat mane??sekolah menengah dekat depan tu ke??"

"xpergi sekolah ke??ponteng ye??" (y ni org tanye time waktu sekolah..tp sye duk rumah..)

owh,sye masih kelihatan muda..ok2,xperlu risau la sye ni semakin tua..hahaha..

ape y sye buat utk mengakhiri 2009 ni ye??pg c0untd0wn??oh, tidak..n0t me okey..wuwu..bende y PERLU sye buat..WAJIB sye buat..TERPAKSE sye buat ialah ment0pup num meksis sye..kalu x num tu akan ditamatkan service..wuwu..nmpk sgt jrg gune hp kan..=)

and bende baik y sye buat utk mengakhiri 2009 ni plak..em,baik ke??baik la jugak kot dr pegi c0untd0wn kan..sbb sblm ni xpnah buat..sye buat bende ni sbb sye teringat p'bualan dgn abah time pagi raya p0se dulu2..time tu 0ntheway blk kg belah ma..15minit dr rumah sye..wuwu..lalu depan kubur,ramai sgt y pergi ziarah kubur kan..sye??

"abah,kenapa skrg da xpegi kubur..time kecik2 dulu abah ade pegi kubur gak kan??"

mcm mane ntah abah jawab..tp sbb kekangan masa dan kesihatan tidak membenarkan lg abah ke kubur ziarah arwah datuk n nenek belah abah..pastu abah ckp b'd0a je la utk arwah..mintak dicucuri rahmat..abah ade suruh sye doakan datuk ngan nenek even sye xpnah jumpe datuk n nenek sbb arwah meninggal sblm sye lahir lg..

and malam ni buat pertama kalinya sye dah sedekahkan bacaan Yaasin utk arwah..semoga roh datuk dan nenek dicucuri rahmat..sebak plak bace Yaasin td..xb'peluang mengenali arwah..

and lastly.. SEMOGA 2010 LEBIH BAIK DARI 2009..FULLSTOP..

Wednesday, December 30, 2009

TAK BISA MEMILIHMU..

Telah jauh terpisah diriku dan dirimu
Dalam ruang dan waktu
Sendiriku jalani sepiku tanpa dirimu
Resahku tanpa hadirmu
Sungguh berat hatiku merasakannya

Salahku mencintai dirinya saat jauhku terpisah
Darimu dan hadirnya menyentuh hatiku
Mencintainya
Hatiku pun inginkannya
Hingga runtuh setiaku kepada dirimu


Ku sakiti hatimu yang tulus mencintaiku

(Korus)
Maaf ku tak bisa memilih dirimu
Karena ku terhanyut mencintai dia
Inilah salahku yang memberi ruang
Didalam hatiku tuk mencintainya

Terhanyut jiwa ini terjatuh dihatinya

6ixth sense
*belajar untuk setia walaupun b'cinta jarak jauh..
**sayangi org y menyayangi kite dr org y kite sayangi..
***sedikit rase kesal di sini..b'f0ya-f0ya mengimbau mase silam..

Saturday, December 26, 2009

fenim-fenim..

skrg ni tgh pening2 cari tajuk tesis..da jumpe tp sbbkan xbgth prof mas (supervisor sye) lg psl tajuk tu so sye kne la cari lg tajuk spare tak0t2 tajuk tu da ade org buat..surf2 tenet..belek2 buku..then sye jupe sal kete kesukaan sye..new beetle..

The Volkswagen Beetle was one of the bel0ved and recognizable cars of the 1950s-1970s. So, Volkswagen's decision to release a redesigned Beetle in 1998 created quite a stir in the automotive world. the new Beetle resembles the classic Beetle, but has been modernized to improve gas mileage, safety, handling and overall performance.

untuk design dan analisis bende2 tu semua gune vector calculus..wah,menarik!!tp mcm advance sgt la plak nak buat bende ni..xnak la..tak0t..wuwu..

dah terlanjur jumpe sal new beetle ni sye google la volkswagen malaysia..tgk price dye..wah!!mampukah aku??banding ngan price viva ku..rase mcm kecik viva sye ni..wuwu..

kamu sgt2 c0mel..

cuti ni mmg b0san..xbuat ape..xkeluar pun..sbb bosan sgt sye tlh buat nuffnang kt blog ni..even xde visitor pun xpe la..da bosan sgt2 ni..then sye ade bace satu eb0ok ni..mmg langsung xfaham..hahaha..then sye mengomen gmbr2 reuni0n dkt facebook..mmg sblm ni sye xpnah nk aktif pun lam fb tu tp sbb t'lalu bosan buat jugak la ye..dkt fb tu sye xpnah add fren, hanye approve je sape2 y add tu..even xpnah add sape2, fren sye kt fb tu da smpai 100 orang..wuwu..bende2 len kt fb mmg xpnah appr0ve pn..malas..

till then..

(^.^)

Tuesday, December 22, 2009

BERBEG BARU..

skrg sye da dkt ukm..semlm smpai..pagi ni pegi kelas..xstart blaja lg..ckp2 biasa je..td pegi kelas ngan kete..sampai2 dkt kete,t'kejut saye tgk kete tu..KOTORNYE..mcm mane bleh kotor ni..penat je basuh kete dengan bersungguh-sungguh ahad ritu..selase da kotor dengan kotornye..wuwu..mane tak kotor kan..drive dr kelate-selangor..8jam lebih p'jalanan..dengan hujan-panasnye..dengan jalan selutnye..abis kete ku jadi mangsa..mlm td abg dah ckp dah suh basuh kete..dye kate kete kotor..sye xnmpk pun kete kotor..sbb malam..pagi ni baru dpt tgk..abis keteku..wuwu..

hari tu sye beli..
BEG BARU..

kenape sye beli beg baru ye??bazir je..sye da nk habis blaja dah..1sem je lg..xsampai 6bulan je..lepas tu sye dah boleh duk rumah..dah xperlu pegi mane2 pun..hingga hari ni da bape buah beg da sye berjaya musnahkan..maklumla duk asrama dari f0rm1..wuwu..tp betul ke sye da boleh duk rumah??nnt keje bleh keje dekat rumah ke??

sye dah letih duk kat tempat org..dari form1 masuk asrama sampai sekarang masih di asrama..dlm 8thn dah duk asrama..kalu duk asrama sekolah dekat rumah xpe je..tp ni semua luar dari kelate..gerik(perak),kuala berang(terengganu),kulim(kedah),bangi(selangor)..semua luar dari kelate..SAYA DAH BOSAN..BOSAN..BOSAN..rase mcm dah nk muntah duk asrama ni..

kalu boleh sye nk keje dekat kelate je..dah xnak keluar dr kelate..tp kenape sye beli beg baru lg??adakah ini bermakne sye akan tinggal di luar kelate juga ke lepas ni??adakah sye xboleh duk rumah lagi lepas ni??TAK NAK..sye nak duk kat rumah sye..alam pekerjaan,bagi lah sye duk dkt rumah sye..wuwu..

mula merindui ibu sye di rumah..

p/s:nak buat ape beli cokelat tu byk2 ni??

Sunday, December 20, 2009

PANTAI OH PANTAI..

dulu-dulu..

pegi pantai mmg besh..bleh mandi2..pantai pun besh..bersih..landai..

AWAS!!GAMBAR TIDAK JELAS!!


gambar2 ni diambil thn 96..da lame tu..
sekarang..

da besar..da xleh mandi..pantai da jadi xbesh..pantai byk y t'hakis..sume da curam..nk mandi pun takut..sye ni jarang pegi pantai..pantai y pnah sye pegi dkt kelantan ni pantai cahaya bulan (PCB), pantai irama bach0k n pantai tujuh..bach0k and tujuh kecik2 dulu je pegi..da xigt cane..skrg pegi PCB je la..dekat skit..wuwu..

masa tuk beli layang-layang..wuwu..

dgn sis..

mataku juling..sbb tgh tgk bende ni..

bende ni la buat mate sye juling..layang-layang..wuwu..

merahnye makngah..

pantai y da curam..


my br0..

ape y ma nk gelak sgt tu..

kakak + abang yie = balkish


em,lupe nk ckp sal result..result sem ni meningkat dari sem2 lepas..syukur alhamdulillah..kan besh kalu dari dulu dpt result mcm ni..wuwu..

skrg ni sye kt rumah lg..sedih skit sbb xdpt blk ukm awl sbb ade mslh teknikal..da la sem ni mcm penting je..maklumla sem last..xsabar nk abis..wuwu..


Saturday, December 19, 2009

PICS..GAMBARS..(^.^)

malam ni rasenye nak upl0ad gmbr reunion ritu..gmbr2 ni kureng jelas skit..tp xpela..mlm ni upl0ad,then td0.es0k siapla ni..wuwu..

jom sye kenalkan sorang2..wuwu..
b'diri dr kiri: pali,ipah,muhyidin,azim,emma,mirah,azimah..
duduk dr kiri: pudin,ain,ifa,aqish,ijak,nana,nadiah..
tiada dlm gmbr: asma..

ok skrg kenalkan asma..dekat tgh2 tu..

gmbr2 len xyah kenalkan la..sume org same..leh refer gmbr 1st..hahaha..

















upl0ad gmbr byk2 ni kalu tenet sl0w msti sume xdpt tgk..letih je kan..wuwu..

last skali,m0ga p'sahabatan kite kekal ye..kalu ade ape2 berita jgn lupa inf0rm tau..em,mcm la d0rang bace sume ni..haha..sekian..

Monday, December 7, 2009

TERHUMBAN CELAH DUA ESKALATOR

reuni0n 6harmoni 2000 Sekolah Kebangsaan Lemal
6 december 2009
kb mall

xnak cite ape pun pasal reuni0n tu..0nline pagi2 ni sbb nk bace paper pasal berita semalam je..malas nk beli paper, bace paper 0nline suda..wuwu..

time bende tu berlaku ktorg da gerak blk..kul 4 lebih kot gerak blk..time dlm kete kwn dpt mcj ckp kbmall runtuh..sampai2 rumah plak abg dpt mcj ckp kbmall runtuh..so mlm tu sye tunggu la berita kot2 ade cite..berita kt tv3 xsempat nk dgr..br siap solat isyak, so bukak tv1..teruk jugak kan bende tu..mujur la sye da balik time tu..kalu x mmg xleh bayang la cane..dah la sye ni msh teringat2 kejadian bumbung runtuh dulu2 tu..wuwu..

dkt kbmall tu mmg ramai la budak2 masterskill..kolej dorang dkt tu je kan..sume pkai uniform putih tu..takziah sye ucapkan kepada keluarga mangsa..

kereta jenis Ford Laser hilang kawalan dan terjatuh menerusi bumbung serta terbalik menghempap tiga pelajar perempuan Kolej Kejururawatan Masterskill di celah askalator tingkat bawah pusat beli belah kb mall


pemandu kereta, Nur Ain yang cedera ditenangkan anggota penyelamat(umur baru 19thn budak ni)

seorang mangsa yang parah diusung, sementara rakannya Siti Nur Amirah mati ditempat kejadian(tgk dorang pakai unif0rm putih dorang lg tu)



*gambar reuni0n akan diupload kemudian..tu pun kalu gmbr tu ade smpai dkt sye..wuwu..(^.^)